Assalamualaikum

Jom belajar ilmu perniagaan...

Assalaamu'alaikum & Selamat Petang

Salam Kekayaan & Salam Kejayaan!

Nak Hidup Luar Biasa Kita Kena Cari Ilmu dan Sebarkan Ilmu Yang Kita Pelajari.

KEPUTUSAN
Buat Keputusan sama ada nak hidup biasa - biasa atau Luar Biasa. 1 Keputusan

100% KOMITMEN
Lawan Budak Kecil Dalam Diri.
Aku boleh ke? Aku takut Rugi. Aku takut orang ketawa.
Budak Kecik Ni Yang Patut Di Lawan

FOKUS
Buat Sesuatu Sampai Habis Bukan Separuh Jalan

FAST ACTION FAST RESULT
Aku Berjaya Menguasai Diri Aku Sendiri.
Berjaya Mengatasi Limitation of Mind

KENA MAKSIMAKAN POTENSI DIRI
Add Value Kepada Orang Lain. Tak Ada Nilai Duit Tu Kalau Simpan Sahaja. Tak Invest Tak Membawa Makna

TUKAR KAWAN ANDA JENIS  SPESIS BIAWAK
Spesis Yang Bila Kita Nak Buat Something Cakap " Aku Tak Boleh lah.
Cari Kawan Yang Boleh Support Kita

KEEP LEARNING
Teruskan Belajar Bagaiman Untuk Memperbaiki Diri

MENTOR
Mentor Yang Berjaya, Cari Mentor

ILMU
Membezakan Seorang Yang Berjaya Atau Tidak Dengan Ilmu Yang Ada. Hidup Akan Berubah Dengan Ada Ilmu

SISTEM YANG BERJAYA
Sistem Orang Yang Buat Berjaya, Orang Lain Follow Dia Berjaya. Nak Berjaya Follow Jejak Dia. Terpaksa Berjaya Bersama-sama  Ketika melakukan jualan, jangan terlalu kritikal memikirkan kaedah copywriting yang gempak untuk mendapatkan jualan. Kerana prospek kita  tetap manusia yang mempunyai kehendak akhirnya.

Oleh itu berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menghasilkan copywriting jualan untuk anda:

1) Kenali kepada siapa yang anda ingin jual; umur, tahap pendapatan, status perkahwinan, tahap pendidikan dan sedikit mengenai psikologi kehendak mereka (Elemen-elemen ini akan membentuk seorang pembeli yang dapat anda bayangkan imej mereka - Ini dikenali sebagai segmen).

2) Cuba bayangkan apakah lenguk bahasa yang paling sesuai kepada golongan yang telah anda bayangkan tersebut. Pemilihan bahasa tak perlulah complicated sangat. Yang penting struktur ayat yang dirangka perlu mudah difahami kerana anda menulis untuk mereka membaca dan faham, bukan untuk anda baca dan faham.

3) Bina ayat-ayat yang menyentuh isu kehidupan mereka, dan yang paling utama bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan hidup mereka. Strukturkan ayat-ayat yang mampu memberi ilmu berguna kepada prospek.

4) Janganlah memurahkan nilai produk anda semata-mata untuk mendapat belian.Setiap produk yang dijual perlu ada nilai dari segi wang ringgit maka posisikan produk anda sebagai suatu yang berharga.

5) Mengenai USP (Unique Selling Point), buktikan bahawa USP anda mampu menyelesaikan masalah tersebut. Jangan tuiis USP yang terlalu am seperti produk organik, bermutu tinggi, dsb. Jika ianya bermutu tinggi dan organik, huraikan maksud tersebut, jangan terlalu memberi statement yang general.

6) Akhir sekali berkomunikasilah dengan mereka dengan hormat dan sebagai rakan,bukan sebagai jurujual yang nak mengambil duit mereka semata-mata.

demikianlah serba sedikit tips yang mudah dalam menghasilkan copywriting ketika anda ingin melakukan posting jualan.

Ikhlas

Kredit : wnm

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KismisGeniusSoleh &KismisAssauda